Feeds:
Posts
Comments

seorang manusia pasti bertanya adakah dia benar di dalam setiap langkah hidupnya? orang yang senang hati ibarat pengembara yang berjalan di atas tanah dengan memakai sepatu indah. sebaliknya orang yang gundah gelana pastinya dicucuk sembilu tajam di tapak kakinya.

kisah tentang Ratjaisripet

Monday, February 27, 2006

Anugerah Bintang Popular dan Kuiz

Heh, dalam anugerah bintang popular 2005, MAWI sapu habis. Penyanyi baru popular lelaki, Penyanyi popular lelaki and artis paling popular.

Bertambah-tambahlah juga isi poket mawi. Rezekinya sungguh lah murah, bukan setakat murah, mewah pula tu. Dalam masa 6 bulan gain dah nak dekat 2 juta.

Lembaga Hasil Dalam Negeri janganlah buat-buat tak nampak pulak. Katala dalam masa 6 bulan dia dapat 2 juta, setahun 4 juta. Kejar beb, jangan tak kejar. Mementangla korang minat kat MAWI korang tak nak kejar pulak yer. Banyak cantik.

Adik saya pun pegi ke Genting Highlands semata-mata nak tengok diorang ni. Dahla duduk depan Mawi. Takci betul. Saya pun nak pegi jugakla!

Takpe, mungkin suatu hari nanti, saya pulak yang akan panjat pentas amik kunci kereta KIA ke, sape tau..

Kereta KIA? Ish, confirm saya jual balik, buat modal bikin kereta baru. Hehehe..

Untuk beberapa minggu, saya bermain kuiz di channel #JB di Webnet. Semuanya utk melupakan sekejap masalah yang melanda. Bosan gak, asyik fikir masalah aje.

Sehinggalah jam 2 lebih petang semalam,

[14:12] IzhamJB is in 1st place for this year! Good job IzhamJB!
[14:12] IzhamJB has just moved into position 1 for this year!
[14:12] IzhamJB is 2 points ahead for keeping 1st place this year!
[14:12] -Tenet- The player behind you is Frozen^Throne!

saya telah mengambil alih kedudukan pertama daripada RatJaiSripet, seorang chatters lain yang agak busuk hatinya, yang tak boleh melihat orang lain berjaya mengejar kedudukannya di persada no 1.

[14:12] IzhamJB is in 1st place for this year! Good job IzhamJB!
[14:12] IzhamJB is 15 points ahead for keeping 1st place this year!
[14:13] -Tenet- The player behind you is RatjaiSripet!

Pada masa saya mengambil alih kedudukan no.1 itu, markah saya sama dengan RatJaiSripet. Ngam-ngam. Pastu saya pun main lagi untuk meninggalkan si RatJatSripet dengan jauhnya, sebab saya tau dia kalau kejar cepat nak mampus.

[15:47] IzhamJB has 13976 points so far today, 26809 points so far this week, 52674 points so far this month, 52674 points so far this year, has a winning streak record of 173 wins in a row and has a speed record of 1 second and has matched it 1574 times so far!!

Itulah kehebatan saya.. 173 kemenangan berturut2. Ianya satu rekod. Terror tu.

[15:47] -Tenet- Top 10 Trivia Scores For Feb, 2006:
[15:47] -Tenet- 1st Place: IzhamJB with 52674 points! 2nd Place: RatjaiSripet with 49470 points! 3rd Place: Frozen^Throne with 34142 points! 4th Place: acidskool with 21601 points! 5th Place: sekaye_secache with 20866 points! 6th Place: metalzone with 14934 points! 7th Place: FarmerJohn with 14885 points! 8th Place: pc with 14109 points! 9th Place: aeiza with 12176 points! 10th Place: RatuSanubari with 11407 points!
[15:47] -Tenet- Congratulations To IzhamJB for wearing their thinking cap the most! 8)

Masa itu juga, saya memeriksa kedudukan saya. jauhkan saya tinggalkan si Ratjai pada masa itu. Hari itu sahaja, saya dapat 13k point untuk diri saya.

[15:47] IzhamJB has 13976 points so far today, 26809 points so far this week, 52674 points so far this month, 52674 points so far this year, has a winning streak record of 173 wins in a row and has a speed record of 1 second and has matched it 1574 times so far!!

Dalam masa 2 hari sahaja saya boleh dapat point untuk dapat tempat ke-3. Jadi saya teruskan bermain sehinggalah RatJatSripet masuk dan mendapati saya jauh di hadapan meninggalkannya. Tiba-tiba..

[18:49] * You were kicked from #Jb by RatjaiSripet (reverse)
-
[18:49] * You were kicked from #Jb by RatjaiSripet (tidak mungkin reverse)

Wah.. selepas itu, saya terus diban dari channel tersebut dan saya langsung tidak dapat bermain. Sungguh menyakitkan hati. Seperti budak-budak.

Fikir2kan balik, biarlah dia. Malas nak layan.

Rasa macam MAWI pulak. Naik dengan cepat, pastu orang cuba nak jatuhkan saya. Hehehe.. melalut plak nieh..

Inilah kedudukan terakhir semalam, selepas di ban.

[19:03] -Tenet- 1st Place: IzhamJB with 54431 points! 2nd Place: RatjaiSripet with 50093 points! 3rd Place: Frozen^Throne with 34503 points! 4th Place: acidskool with 21601 points! 5th Place: sekaye_secache with 20906 points! 6th Place: metalzone with 15522 points! 7th Place: FarmerJohn with 14885 points! 8th Place: pc with 14109 points! 9th Place: aeiza with 12363 points! 10th Place: RatuSanubari with 11738 points!

test

test

test office

test rumah

test rumah

.:Sahabat:.

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia,
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.

Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

RENUNGILAH…

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Kata-kata Hikmah

1)    Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2)    Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3)    Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4)    Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5)    Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6)    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7)    Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8)    Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9)    Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10)    Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11)    Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12)    Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13)    Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14)    Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15)    Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16)    Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
17)    Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
18)    Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh  itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19)    Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20)    Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21)    Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22)    Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
23)    Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
24)    Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
25)    Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26)    Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
27)    Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
28)    Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29)    Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .
30)    Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31)    Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
32)    Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
33)    Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
34)    Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
35)    Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);  Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36)    Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,  itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”
37)    Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair
38)    Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
39)    Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan
40)    Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
41)    Hadiah Terbaik : Kepada kawan – Kesetiaan Kepada musuh – Kemaafan Kepada ketua – Khidmat Kepada yang muda – Contoh terbaik Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan Kepada manusia – Kebebasan
42)    Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
43)    Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
44)    Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat
45)    Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,  Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.
46)    Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
47)    Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang
48)    Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..
49)    Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
50)    Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
51)    Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
52)    Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
53)    Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.
54)    Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
55)    Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.
56)    Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
57)    Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
58)    Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
59)    Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
60)    Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
61)    Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
62)    Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

UMAT Islam perlu sentiasa mengemaskinikan diri dan hati ke arah kecemerlangan dari semasa ke semasa supaya akan akan menjadi insan disegani, dihormati dalam masyarakat serta dirahmati Allah (SWT)
Selain itu, perasaan ingin cemerlang melahirkan watak yang Islami seterusnya menjadi daya penarik bagi pandangan orang bukan Islam dan watak itu mampu menterjemahkan keindahan ajaran Islam.

Orang Islam yang ada keinsafan tinggi, iman teguh, akan menerima apa saja ketetapan Allah (SWT) ke atas dirinya baik berbentuk kebahagiaan, mahupun berbentuk kedukaan dan mematuhi setiap hukum serta peraturan dengan penuh rela, pasrah tanpa sedikitpun melahirkan tindakan untuk menentang, memprotes atau membantah. Dalam Islam, orang begini disebut sebagai ‘tawaduk’.

Tentu sukar bagi sesetengah manusia menerima kenyataan yang ditakdirkan Allah (SWT) dan mengakuri segala perintah-Nya, jika semua itu tidak bersesuaian dengan nafsu, keinginan serta cita rasa hatinya.

Namun, bagi insan yang mengakui banyak kelemahan dan diri hanya tidak lebih sekadar hamba yang hina serta tidak mempunyai apa-apa, maka sudah tentu menerima kenyataan adalah perkara mudah dan menjadi amalan sepanjang kehidupan tanpa rasa takut atau bimbang.

Dalam hal ini Rasulullah SAW memerintahkan supaya umat Islam menghiasi diri dengan sifat tawaduk. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah (SWT) memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Hikmah di sebalik suruhan Rasulullah SAW tadi, sifat tawaduk akan pasti melahirkan akhlak terpuji iaitu tidak akan menganiaya orang lain bahkan tersemai perasaan menyayangi saudaranya.

Tawaduk juga akan melenyapkan sikap berbangga diri, sombong dan mementingkan diri sendiri. Allah (SWT) berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah (SWT) tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” (Surah Luqman, ayat 18)

Sesungguhnya orang yang sombong akan dihumbankan ke neraka Jahanam seperti keterangan firman Allah (SWT) yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bersifat sombong dan tidak patuh kepada-Ku akan diazabkan di dalam neraka Jahanam dan menderita kehinaan di dalamnya.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)

Selain itu orang yang bersikap zalim (aniaya) terhadap orang lain kerana semata-mata ingin melempias sifat sombong atau menunjukkan kehebatan, maka Allah (SWT) akan menyegerakan balasan di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak suatu pun dosa yang lebih patut atau lebih berhak disegerakan hukumannya oleh Allah (SWT) di dunia di samping nanti bakinya akan dikenakan lagi di akhirat, melainkan dosa berbuat aniaya (zalim) terhadap orang lain, dan memutuskan tali kekeluargaan (persaudaraan).” (Hadis riwayat at-Tarmizi)

Dalam memperelok budi pekerti dan akhlak Muslim sejati, maka adalah sangat bertepatan jika merenungi sabda Rasulullah SAW dengan penuh yakin dan keimanan yang tidak berbelah bagi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah (SWT) tidak mengurangkan harta kerana sedekah. Allah (SWT) menambah kebesaran (kehebatan) seseorang yang minta maaf dan meninggikan darjat orang yang tawaduk.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis itu menyatakan ada tiga perkara sering kali diabaikan oleh orang bodoh, sombong serta tidak berfikiran jauh dan matang iaitu:

# Bersedekah – orang yang bersedekah tidak pernah dikurangkan hartanya, bahkan ditambahkan lagi oleh nikmat-Nya bagi orang yang mahu bersyukur.

# Minta maaf kerana bersalah – orang yang sombong menganggap minta maaf menandakan kelemahan lalu lebih baik meneruskan perkelahian daripada berdamai. Padahal, meminta maaf tandanya orang yang tawaduk dan suka kepada keharmonian hidup dalam masyarakat.

# Menerima kenyataan kebenaran – harga diri seseorang tidak akan jadi rendah dan hina bila bertawaduk. Bagi orang yang sombong, tidak mahu menerima kebenaran yang ada pada orang lain, bahkan berasa terhina untuk mengakui dan mengiktiraf kebenaran itu. Lihat saja kelakuan Rasulullah SAW, menerima apa saja bentuk pemberian tanpa sedikitpun rasa tidak puas hati.

Apabila kita perhatikan ketiga-tiga sifat yang disebutkan itu, semuanya mencerminkan akhlak mahmudah yang sinonim dengan ajaran Islam dan selalu diamalkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya tawaduk bukan bermakna kita berasa diri serba kurang, tidak berharga dan kurang harta. Tawaduk sebenarnya berasa sedar, insaf bahawa diri kita berasal dari tanah yang sama kecuali amal bakti dan takwa yang membezakan.

Album 1

more about "Album 1", posted with vodpod

My Wallpaper

Peringatan

clipped from us.mg1.mail.yahoo.com




السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang
mukmin, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari
Kiamat
. Barangsiapa meringankan orang yang sedang kesulitan, maka
Allah akan meringankannya dari (kesulitan) dunia dan akhirat.
Barangsiapa yang menutupi (kejelekan) seorang muslim, niscaya Allah
akan menutupi (kejelekannya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan
menolong hamba selama dia mau menolong saudaranya.” (HR. Muslim.)

Arsenal fc


Mamas and the Papas – California Dreamin
All the leaves are brown
All the leaves are brown
And the sky is grey
And the sky is grey
I’ve been for a walk
I’ve been for a walk
On a winter’s day
On a winter’s day
I’d be safe and warm
I’d be safe and warm
If I was in L.A.
If I was in L.A.
California dreamin
California dreamin
On such a winter’s day

Stopped into a church
I passed along the way
Well, I got down on my knees
Got down on my knees
And I pretend to pray
I pretend to pray
You know the preacher likes the cold
Preacher likes the cold
He knows I’m gonna stay
Knows I’m gonna stay
California dreamin
California dreamin
On such a winter’s day

All the leaves are brown
All the leaves are brown
And the sky is grey
And the sky is grey
I’ve been for a walk
I’ve been for a walk
On a winter’s day
On a winter’s day
If I didn’t tell her
If I didn’t tell her
I could leave today
I could leave today
California dreamin
California dreamin
On such a winter’s day
California dreaming
On such a winter’s day
California dreaming
On such a winter’s day

Older Posts »